Kata |
Takrif |
Sumber |
endodermis | lapisan yg paling dalam pd akar tumbuhan, batang paku pakis, dan batang beberapa tumbuhan dikotiledon, dan berfungsi mengawal pengaliran air dan larutan secara mendatar di dlm akar dan batang | Kamus Dewan Perdana |
epikotil | bahagian batang pd biji benih tumbuhan yg terletak di atas kotiledon sewaktu biji benih bercambah | Kamus Dewan Perdana |
engkil | benjol-benjol pd kulit batang kayu dsb | Kamus Dewan Perdana |
terengkil | (bkn kulit batang kayu) ditumbuhi engkil | Kamus Dewan Perdana |
empulur | isi atau bahagian yg lembut dlm batang tumbuh-tumbuhan jenis palma, spt kelapa atau pinang | Kamus Dewan Perdana |
elektroskop | alat utk mengesan cas elektrik, yg terdiri drp batang logam dan dua kepingan logam nipis drp emas yg akan terpisah apb terdapat cas elektrik | Kamus Dewan Perdana |
engkerurai | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg aerofon, dibuat drp empat hingga enam batang buluh kecil yg tidak sama panjang, diikat dgn rotan dan dilekatkan hujungnya pd labu kering. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Iban dan disebut keledi atau keluri oleh suku kaum Orang Ulu di Sarawak | Kamus Dewan Perdana |
eukaliptus | pokok sangat tinggi yg berakar jangkang, kulit batangnya berwarna-warni, ditanam sbg hiasan, dan batang serta kulitnya banyak digunakan dlm industri pembuatan kertas dan juga produk berasaskan kayu | Kamus Dewan Perdana |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata batang |
|
Puisi |
---|
|
Batang ini batang nangka, Duduk abang pagi petang; Badan ini badan celaka, Tengah berkasih bencana datang.
Lihat selanjutnya... |
|