Pantun |
Sumber |
Tema |
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin menulis banyak dikarang; Berkain bukan sebarang kain, Berkain tipis banyak terbayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin bertanak masak nasinya; Berkain bukan sebarang kain, Berkain koyak nampak isinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang: Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang; Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin kerja membawa faedah; Bermain bukan sebarang main, Main muda kepalakan pecah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yakin membeli takkan merugi, Begitu kata orang dahulu; Lenjinlah bini diperbudak laki, Mahu berbantah mulutnya bisu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yakin habis tidakkan habis, Percaya diri tiang usaha; Kain tipis tidak berlapis, Dibawa mandi orang menganga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yakin beramai beringat-ingat, Kalau merempai datang sengketa; Kain dipakai berhemat-hemat, Kalau terburai orang berdosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yakin di hati yakinlah umat, Niat tak habis pada yang luhur; Lain dicari lain yang dapat, Tak dapat gadis janda pun syukur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yakin sudah percaya belum, Elok dibanding salah dan benar; Kahwin sudah nikahnya belum, Duduk bersanding perutlah besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |