Pantun |
Sumber |
Tema |
Untuk apa membeli renda, Untuk memperindah sulaman; Untuk apa berbini janda, Untuk menambah pengalaman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa kain panjang, Untuk alas tempat tikar; Untuk apa main belakang, Untuk membalas tak jujur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa mencari manggis, Untuk dimakan lainnya sedap; Untuk apa membeli keris, Untuk menjaga laki menyelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa membeli batik, Untuk jadi kenang-kenangan; Untuk apa berbini cantik, Untuk jadi timang-timangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa orang menyepuh, Untuk menguatkan mata parang; Untuk apa abang bersimpuh, Untuk memohon kasih sayang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Untuk apa menjala limbat, Untuk dijual setiap hari; Untuk apa bekerja berat, Untuk bekal hidup nanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Untuk apa memasang belebat, Untuk tumpuan batang gelegar; Untuk apa membilang adat, Untuk menentukan salah dan benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Untuk apa orang menari, Untuk dapat bersukacita; Untuk apa abang ke mari, Untuk melihat wajah dinda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Untuk apa megerat kelim, Untuk rumah di tepi ladang; Untuk apa surat kukirim, Untuk menambah kasih sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Api arang untuk menggulai, Sudah masak makan bersama; Hati orang elok perangai, Di mana tegak akan ternama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |