Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi tunggu-menunggu; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali berlaku cemburu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Dua tiga pergi bermain, Perutlah lapar tunggu di titi; Kalaulah abang cari yang lain, Mohon adik mengundur diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tukang batu berdagang nilam, Permata elok sudah ternama; Abang tunggu siang dan malam, Adinda menyorok entah ke mana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak buluh berdepa-depa, Cicak racit di dalam padi; Orang tunggu terketa-keta, Dia nak cantik sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kayu sepang mudik ke hulu, Masak minyak dalam belanga; Wahai cik abang tunggu dahulu, Emak balik baru nak tanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kain buruk tepi perigi, Budak-budak kesat belanga; Hari ni saya pergi, Tunggu tuan di taman bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika ke kebun Dato Penghulu, Ambilkan saya biji saga; Jika tuan mati dahulu, Tunggu saya di pintu syurga. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Anak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Kalau tuan mandi di hulu, Hanyutkan saya tempurung dasar; Kalau tuan mati dahulu, Tunggu saya di padang Mahsyar. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Sayang delima masak merkah, Kasi makan raja di Daik; Buah tinggi apa diranggah, Tunggu masak bukankah baik? | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Tetak buluh berdepa-depa, Cicak racit di dalam padi; Orang tunggu terketa-keta, Dia nak cantik sekali lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 112 First catch your hare Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. Burung yang terbang dipipiskan lada Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter. Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|