Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang beradat elok pekerti, Serba manis tingkah lakunya; Membuang adat kutuk menanti, Tuah habis tersimbah malunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Naik ke darat memetik duku, Berkain songket warna biru; Dengan sebab tingkah dan laku, Harga seringgit turun sesuku. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Terpelihara aurat tidaklah malu, Terpelihara lidah takkan bercabang; Terpelihara adat takkan berseteru, Terpelihara tingkah takkan terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Betul belat betul injabnya, Betul injab lukah berisi; Betul adat betul adabnya, Betul adab tingkah terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
|