Pantun |
Sumber |
Tema |
Tiap mudik perahu layar, Ramailah orang membeli hambal; Kuharap adik mahu bersabar, Menanti abang mencari bekal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tiap mudik perahu nelayan, Membawa jala berserta bubu; Kuharap adik mahu berkawan, Supaya mudah kita bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Melenguh jawi belang untung, Tiap ke sawah orang bajakkan; Menangis nan buruk untung, Tiap menjelang ke mana orang tidakkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Besar tugal besar lubangnya, Tiap tahun duduk berladang; Besar bual besar malangnya, Lambat-laun masuk ke lubang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mati sumbu matilah lampu, Tiap malam duduk bergelap; Laki bisu bini pun bisu, Mulut diam tangan merayap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Perahu Champa memuat tepung, Tiap senja pasti berhenti; Malu bekerja perut kosong, Gelap mata menjadi pencuri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Batang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Adapun surat yang tersurat, Dibaca terang tiap halaman; Adapun adat yang teradat, Dirubah orang setiap zaman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Asap api dari penanggah, Tempat memasak nasi gulai; Tiap hari hati gelisah, Surat kukirim tidak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api orang berladang, Nampak dari kuala Siak; Tiap hari kutunggu abang, Sampai kini tiada nampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |