Pantun |
Sumber |
Tema |
Ambillah kayu buatlah tiang, Tiang berdiri penyangga rumah; Ambillah guru taat sembahyang, Sembahyang ini membawa berkah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lurus kayu menjadi tiang, Tiang bendera dan panji-panji; Tulus hatiku meminang abang, Abang juga mungkirkan janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tiang pondok ditakik budak, Tidakkan putus sampai pagi; Abang tengok adik bercelak, Bagaikan putus tangkai hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tiang rumah kayu menanti, Baik diukur agak sedepa; Abang sudah malu menanti, Adik ditegur tidak menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tiang rumah bongkok sebatang, Ke mana ditarik tidak sejudu; Abang sudah mabuk kepayang, Mengapa adik tak mahu tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tiang rumah bersegi empat, Sudah berdiri sebulan penuh; Abang sudah berjanji erat, Mengapa kini berjalan jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tiang pancang lebih sekali, Dibawa mudik buat penggalah; Abang datang menagih janji, Mengapa adik kuat berhelah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tiang pancang kayu jelatang, Terkena badan pedih sekali; Abang datang mahu meminang, Mengapa puan bersedih hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tiang tengah kayu meranti, Satu patah semuanya remuk; Hilang tuah malulah diri, Berlaku salah nama busuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Rosak tiang kerana bengkok, Tiang bengkok cepatlah rebah; Rosak orang kerana kemaruk, Orang kemaruk niatnya salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |