Pantun |
Sumber |
Tema |
Sejak benalu melilit benang, Tiada lagi putat berbunga; Sejak kutahu aduk bertunang, Tiada lagi tempat bercanda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak perahu mudik ke hulu, Tiada lagi orang menjala; Sejak kutahu adik cemburu, Tiada lagi abang menggoda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak rumah tidak bertunggu, Tiada lagi orang berkunjung; Sejak adinda tak mahu bertemu, Hatiku kini menjadi bingung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak bernalu dipetik orang, Tiada lagi musuh tanaman; Sejak kutahu adik bertunang, Patahlah hati putus harapan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak selasar menjadi bilik, Tiada lagi tempat berehat; Sejak kudengar nyanyian adik, Cinta di hati bertambah lekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak orang berambah hutan, Tiada lagi kera mendayu; Sejak memandang wajahmu tuan, Gilalah kami menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pucuk kaduk pucuk midin, Daun capa dalam padi; Rupa tiada lagi miskin, Mana hendak membawa diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau meniup seruling bambu, Gembira hati orang mendengar; Kalau hidup saling membantu, Tiada lagi orang terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau meniup seruling buluh, Ke mana pergi orang mendengar; Kalau hidup saling mengasuh, Tiada lagi orang yang lapar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sayang perahu sudah berlabuh, Tiada lagi orang ke laut; Orang kurindu sudah menjauh, Siapa lagi akan kuturut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Intan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 600 The tongue is sharper than the sword Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal Pisau senjata tiada bisa, bisa lagi mulut manusia Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal. Sesungguhnya pisau senjata tiada bisa, bisa lagi mulut manusia . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|