Pantun |
Sumber |
Tema |
Habislah benih menjadi lumpur, Kerana hujan tiada berhenti; Habislah kasih hatiku hancur, Meranalah badan membawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila atap sudah berlubang, Hujan masuk tiada bertahan; Apabila cakap suka temberang, Kawan mengutuk binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Air hujan turun mencurah, Jatuh ke tanah terus ke laut; Binasa badan menahan gundah, Kasih kucurah tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kusangka nanas dari permatang, Rupanya pandan tiada berduri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
|
Peribahasa |
---|
| 322 Into each life some rain must fall Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara) Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into each life some rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door. Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|