Pantun |
Sumber |
Tema |
Cukup sudah memasang api, Tetapi belum mendapat rasa, Cukup sudah abang menunggu, Tetapi adik tak acuh juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cukup sudah orang belayar, Tetapi kolek tak mau laju; Cukup sudah abang bersabar, Tetapi adik tak mahu tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cukup sudah memasang api, Tetapi hari tak juga terang; Cukup sudah abang menanti. Tetapi adik tak juga datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Negeri Perlis bandaraya Kangar, Pasar jaja ikan pelotan; Dinda tak nampak tetapi dengar, Tentu sahaja kerja syaitan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Encik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Makan sirih bercabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Bukannya pilih cantik molek, Tetapi di hati sudah berkenan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Makan sirih secabik-cabik, Makan secabik campak ke laman; Bukan kupilih orang yang cantik, Tetapi rasa tidak berkenan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tetapi; |
|
Puisi |
---|
|
Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 355 Man proposes, God disposes Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan “If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. ''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|