| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Berguna pelekat dibuat sarung, Bila disarung tertutup aurat; Berguna adat dapat bernaung, Bila bernaung hidup selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok kain benangnya rapat, Bila rapat aurat tertutup; Elok pemimpin memegang adat, Bila beradat selamat hidup. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Mencari ilmu sampai ke lahad, Supaya hidup tak sia-sia; Terpuji Melayu memakai nasihat, Negara tertutup syurga terbuka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
|