Pantun |
Sumber |
Tema |
Terpelihara aurat tidaklah malu, Terpelihara lidah takkan bercabang; Terpelihara adat takkan berseteru, Terpelihara tingkah takkan terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terpelihara pompat sempurna sukat, Terpelihara nyiru elok penampi; Terpelihara adat sempurna sifat, Terpelihara malu duduk terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terpelihara jerat selalu mengena, Terpelihara sumbu pelita terang; Terpelihara adat Melayu ternama, Terpelihara laku disukai orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terpelihara pukat membawa rezeki, Terpelihara perahu dapat dikayuh; Terpelihara adat mulialah budi, Terpelihara Melayu sifat senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terpelihara belat dapatlah ikan, Terpelihara perahu sampai ke seberang; Terpelihara adat selamatlah badan, Terpelihara ilmu dihargai orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Patuh Melayu kepada amanah, Amanah dijaga hidup dan mati; Senonoh laku terpelihara sumpah, Sumpah bertakhta di dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Datuk Mansur Datuk Bendahara, Ketiga dengan Datuk Drahman; Hati bersyukur jiwa terpelihara, Hidup selalu dalam aman. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |