Pantun |
Sumber |
Tema |
Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apabila mengerat betung, Jangan sampai terluka jari; Apabila mendapat untung, Janganlah sampai lupa diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Awas-awas membeli pisau, Salah asah tangan terluka; Awas-awas pergi merantau, Salah langkah badan celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa suka mengikat taji, Lama-lama tentu terluka; Siapa suka berniat dengki, Kemana saja tentu celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Parang panjang bawa menebas, Salah cencang kaki terluka; Orang peradang marahnya lekas, Salah pandang jadi sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila mencari buah nangka, Tentu ingat getahnya lekat; Apabila hati sudah terluka, Perlu diingat betahnya lambat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Berbuah macang dimakan ungka, Ada angin gugur sendiri; Salah cencang tangan terluka, Salah pemimpin hancur negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |