Pantun |
Sumber |
Tema |
Laju ajung terkikis-kikis, Si ambang-ambang si bunga kayu; Nombor satu mister Inggeris, Nombor dua cikgu Melayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Habislah dahan jatuh meranggas; Buruk negeri lupakan adat, Terkikis iman tubuh melengas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat mengingat hutang, Sehabis daya ia lunaskan; Membuang adat laknat dan datang, Terkikis nama binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu pantang berkasar, Berlaku kasar sifatnya iblis; Jahatlah laku orang pengingkar, Berlaku ingkar adat terkikis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengapa orang tidak diasah, Kerana batunya sudah menipis; Mengapa orang banyak membantah, Kerana malunya sudah terkikis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terkikis |
|
|