Pantun |
Sumber |
Tema |
Kerat selerang kain mastuli, Belum terjual tukangnya mati; Kuat orang jangan peduli, Sebelum ajal berpantang mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak beruk berkain sutera, Banyaklah kain terjual habis; Sejak datuk bermain gila, Banyaklah datin berbekal keris | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang beradat kuat beramal, Tahu dirinya hidup kan mati; Membuang adat umat terjual, Layulah negeri kampung pun lesi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hari buruk berhenti mencari, Hendak berbual tiada pandai; Laki pemabuk bini penjudi, Anak terjual rumah tergadai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bulan puasa bulan Ramadan, Bersambung dengan bulan Syawal; Kerana bercinta binasa badan, Untung buruk badan terjual. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kerana kainnya tiada Iebar, Hendak diikat pastilah tanggal; Kerana pemimpin pendusta besar, Banyaklah umat mati terjual. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjual |
|
Peribahasa |
---|
| 491 Do right and fear no man Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God. Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama, dan takut akan Tuhan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|