Pantun |
Sumber |
Tema |
Mati semut mati terhimpit, Ditimpa batang pecahlah perut; Laki kedekut bininya pelit, Mentua datang muka berkerut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak pipit mati terhimpit, Mati dipanah kumbang hijau; Santaplah tuan pinang bergigit, Saya nak membelah tidak berpisau. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apabila kaki terinjak arang, Banyak sedikit tentulah hitam; Apabila hati banyak meradang, Tidak terhimpit tentulah karam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sejak beruk pandai berkitab, Banyaklah musang menjadi murid; Sejak datuk mulai menyelap, Banyaklah orang mati terhimpit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
|