Pantun |
Sumber |
Tema |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya elok menjadi tongkat; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya elok mencari muafakat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat pasak; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat berpijak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat sampan; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat menguatkan iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat dayung; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat berpayung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya boleh dibuat pengayuh; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya boleh tempat berteduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat gelegar; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat bersandar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat menjadi pancang jermal; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat terpuji pegangan amal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat terjadi tiang rumah; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat menjadi tiang amanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat untuk lantai dan dinding; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat seronok dipakai berunding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Patut dicari batang putat, Tak terbilang banyak buahnya; Patut dipuji pemegang adat, Tak terbilang banyak petuanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |