Pantun |
Sumber |
Tema |
Sifat perahu pantang terbalik, Bila terbalik ia tenggelam; Adat Melayu pantang munafik, Bila munafik dunia kan karam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Zaman kini dunia terbalik, Bertukar faham sudah biasa; Dengan laki bersangka baik, Keluar malam biarlah saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kain batik pakai terbalik, Pakai budak raja Padang; Sudah ludah jangan dibalik, Tidak manis dipandang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Walau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tidak berkayu tangga ditakik, Tidak berotan akar dipakai; Umat berseteru dunia terbalik, Banyak kawan bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jikalau mentari sudah naik, Ke mana menoleh terasa indah; Jikalau bumi sudah terbalik, Barulah boleh kita berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tidak beremas bungkal diasah, Tidak berkayu tangga ditakik; Adat lepas akal menyalah, Umat berseteru dunia terbalik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbalik |
|
Puisi |
---|
|
Walau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik.
Lihat selanjutnya... |
|