Pantun |
Sumber |
Tema |
Akar nibung meresap-resap, Akar mati dalam perahu; Terbakar kampung nampak berasap, Terbakar hati siapa yang tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kayu belukar banyak sesapnya, Mati belukar tandanya layu; Kayu terbakar nampak asapnya, Hati terbakar siapa yang tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau terbakar rumpun meranti, Elok ditebang dibuat suluh; Kalaulah khabar belum pasti, Elok dibuang jauh-jauh. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hutan terbakar di Kalimantan Barat, Kabus tebal tidak terperi; 19 September tarikh tersurat, Isytihar darurat seluruh negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Yang terbakar merasa hangat, Yang berhujan tentulah sejuk; Orang penyabar bawa bersahabat, Orang penyegan perlu dipujuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sakit kaki kerana terbakar, Dibawa tegak jatuh terkulai; Sakit hati dibawa bersabar, Bila tidak kasih bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sumatera berjerbu Jambi berjerebu, Hutan terbakar musim kemarau; Rasa sayu hatiku pilu, Mendengar khabar dari perantau. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Tumbuh betung di tepi tembok, Terbakar pohon tidak kan hangus; Sungguh beruntung berbini gemuk, Lapar setahun tidakkan kurus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukannya lukah tidak menjadi, Batang terbakar dari hulu; Bukannya nikah yang tak jadi, Abang bersabarlah dahulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Batang kenanga batang kenari, Banyak terbakar rebah terguling; Hilang ke mana abang mencari, Semak belukar di sekliling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |