| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Andainya tekak tak mahu makan, Usahakan cari menurut selera; Andainya awak tak tahu jalan, Jangan sekali malu bertanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Susahlah hati anak tenggiri, Tekak sakit mata pun sayu; Susahlah hati hendak berbini Ketiak hangit dada berbulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Apabila makan tidak berkuah, Kesatlah rasa tekak menelan; Apabila kelakuan awak menyalah, Alamat binasa dilantak kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Lekuk lebih Kuala Pahang, Hutan batu disimpul pulih; Sakitnya tekak dikoyak rahang, Mana satu tidak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ada untungnya membeli ternak, Beranak lekas telur menetas; Ada untungnya berbini banyak, Tekak puas selera pun lepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yang membantah tentulah panas, Panas benak panas bicaranya; Orang memerintah tentulah puas, Puas tekak puas seleranya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |