Pantun |
Sumber |
Tema |
Tebang pokok pedada, Bangsal Tok Jalal; Rezeki tetap ada, Pastikan rezeki halal. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Tebang kayu sebatang dua, Untuk membuat perahu kolek; Abang merindu sepanjang masa, Mabuk melihat tubuh yang molek. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tebang tebu banyak-banyak, Mari bawa dalam raga; Tuntut ilmu biar banyak, Nak menutup pintu neraka. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Tebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tebang tebu Sungai Rengit, Tujuh batang sembilan buku; Cuba hitung bintang di langit, Tujuh laksa sembilan ribu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tebang tebu tiga batang, Satu batang melintang sungai; Tiga hari tuan tak datang, Air mata jatuh berderai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tebang mari kayu nangka, Hendak dibuat kayu api, Seorang neraka seorang syurga, Yang mana satu hendak diganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tebang daun dua pelepah, Singgah menumpang sungai dua; Sepuluh kali emak menegah, Hati suka bermain juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan tebang pinang tinggi, Takut kena junjung sirih; Jangan kacau tunang kami, Takut terkena hujung keris. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Merambat tebang bertingkat, Rambat menyangkut di kaki sauh; Sudah terlepas burung berikat, Sudah biasa terbang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Tebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi.
Lihat selanjutnya... |
|