Pantun |
Sumber |
Tema |
Hendak tarah tarahlah batang, Batang ketarih banyak buahnya; Hendak marah marahlah abang, Abang sendiri banyak olahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tarah bertarah kayu dikupak, Di dalam tarah ada batangnya; Semarah-marah ibu dan bapak, Di dalam marah ada sayangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Batu campur batu bulat, Tarah mari hujung perahu; Nampak di mata boleh dilihat, Dalam hati mana nak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang pompat kita bilas, Yang sokol kita curah; Yang kesat kita empelas, Yang berbongkol kita tarah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
|