Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang beradat berhati tabah, Kepada Allah selalu tawakal; Membuang adat keji bertambah, Kerja menyalah laku pun bebal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mencari ilmu hendaklah tabah, Supaya jangan kita terlantar; Terpuji Melayu akhlaknya indah, Memikul beban kita bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Budak-budak bermain basikal, Jatuh kerana terlanggar pedati; Hendaklah tabah hendaklah cekal, Hingga sampai hajat di hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sungguh gagah bergigi utuh, Mengunyah tulang tidak bererti; Sungguh tabah hati si lumpuh, Dilapah orang tidakkan lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pergi mengail berkawan-kawan, Jaga tertib di jalan raya; Hasrat ingin mencapai awan, Tabah cekal pasti berjaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Elok belat dapatlah ikan, Dapat dijual penambah belanja; Elok adat selamatlah badan, Taat beramai tabah bekerja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
|