Pantun |
Sumber |
Tema |
Susunlah rebab susun rebana, Susun lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Susun kayu panjang sedepa, Rumah rehat hendak dibina; Patutlah Melayu dikatakan lupa, Sejarahnya tercatat di mana-mana. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Susun sirih ke tiga susun, Sesusun sambil jalan ke Dengar; Putih kuning jadi racun, Hitam manis jadi penawar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Susun sirih berkaduk-kaduk, Susun sampai di kedai Cina; Kasih cik tuan mengejut-ngejut, Itu tanda tak kekal lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujung sirih berkedut-kedut, Susun sampai di kedai Cina; Kasih tuan membujuk-bujuk, Kasih tidak kekal lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Susunlah rebab susun rebana, Susun lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.
Lihat selanjutnya... |
|