Pantun |
Sumber |
Tema |
Bedak ini bedak dilingan, Bedak hanyut dari hulu; Surat ini surat kiriman, Belum dibaca menangis dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Air ini air minuman, Air letak dalam gelas; Surat ini surat kiriman, Harap juga abang balas. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sutera ini sutera sulaman, Ambil dibuat pengilat kaca; Surat ini surat kiriman, Kalau nak tahu cubalah baca. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sutera ini sutera gulungan, Mari letak di atas meja; Surat ini surat kiriman, Kalau rindu silalah baca. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Surat kita sudah dibentang, Di dalamnya banyak berisi ilmu; Adat kita sudah dibilang, Fahamnya syarak sendiri Melayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Surat kita sudah dibentang, Untuk dibaca supaya faham; Adat kita sudah dibilang, Untuk pelita siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Surat kita sudah dibentang, Untuk dibaca beramai-ramai; Adat kita sudah dibilang, Untuk menjaga budi perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Surat kita sudah dibentang, Dibentang untuk dapat dikaji; Adat kita sudah dibilang, Dibilang untuk hidup dan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Surat kita sudah dibentang, Mana tertinggal mohon lengkapkan; Adat kita sudah dibilang, Mana yang janggal mohon maafkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun surat yang tersurat, Surat terang mudah disebut; Adapun adat yang teradat, Adat datang tidak dijemput. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Air ini air minuman, Air letak dalam gelas; Surat ini surat kiriman, Harap juga abang balas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 112 First catch your hare Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. Burung yang terbang dipipiskan lada Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter. Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|