Pantun |
Sumber |
Tema |
Mulia suku adatnya kukuh, Dipegang tidak dapat diungkai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kehendak cepat dicapai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Barang ke mana selalu dipakai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kerja tentu selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Tegaknya tetap tidak berubah; Bila bersatu umat kan teguh, Retaknya tidak membawa belah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Zaman beralih tetap dipakai; Bila bersatu umat dan teguh, Hilang selisih hidup pun damai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Kukuh tidak berganjak lagi; Bila bersatu umat kan teguh, Musuh mengelak bala pun pergi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Iman kuat negara pun aman; Bila bersatu umat kan teguh, Beban berat menjadi ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Adat jangan dibawa cabul; Bila bersatu umat kan teguh, Berat ringan sama dipikul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dia beli sakin tiga suku, Kan diambil bak ambar jalan; Mande kandung duduk di pintu, Melihat anak kan berjalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tabiat Melayu suka bergaul, Tidak membilang suku dan bangsa; Sepakat Melayu sama setukul, Sakit senang sama dirasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Bergaul tidak membilang suku; Adat faham pusaka terang, Betul tegak terbilang laku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |