| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Kalau geluk bersukat-sukat, Kalau sukat berbatas-batas; Kalau duduk bertempat-tempat, Kalau cakap berbatas-batas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Rosak sukat rosak timbangan, Timbangan rosak berat tak betul; Rosak adat rosak pegangan, Pegangan rosak maksiat tercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Betul sukat betul timbangnya, Betul timbang samalah berat; Betul adat betul orangnya, Betul orang sempurna niat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Terpelihara pompat sempurna sukat, Terpelihara nyiru elok penampi; Terpelihara adat sempurna sifat, Terpelihara malu duduk terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Laksamana menyukat beras, Sukat mari segantang padi; Timbang baik kalau jelas, Baru senang berjual beli. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Lain pompat lain sukatnya, Lain sukat berbeza berat; Lain adat lain sifatnya, Lain sifat berbeza niat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata sukat |
|
| Puisi |
|---|
|
Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati.
Lihat selanjutnya... |
|