Pantun |
Sumber |
Tema |
Siang malam memotong kayu, Naik ke rumah badan pun letih; Abang dendam menanggung rindu, Adik gelisah menahan sedih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Siang malam orang menjala, Tidak ingat hujan dan panas; Mengenang puan bagaikan gila, Kukirim surat tidak berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Siang malam orang menari, Sampai remuk rasanya badan; Kukenang puan dalam mimpi, Bagai pungguk merindu bulan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Siang malam orang berjoget, Lupa makan tak ingat tidur; Mengenang orang hatiku sakit, Hamba datang tidak ditegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bangun siang kerja terbuang, Banyak urusan tidak selesai; Ku mohon abang supaya datang, Hendak berpesan tiada sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu siang bermain galah. Kalau teruk dibawa gelak; Baru datang kain tersimbah, Dibawa duduk bertambah koyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu siang bermain gasing, Siapa menang beradu pandai; Baru datang kain tersingsing, Disapa orang lalu terburai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu siang banyak merokok, Kerana banyak menerima tamu; Mahu meminang ketiak busuk, Bila ditolak tentulah malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu siang tegak menuai, Hendak duduk lutut terkilir; Mau pulang awaklah cerai, Hendak rujuk takut disindir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Luputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata siang |
|
Puisi |
---|
|
Malam ini merendam jagung, Siang besok menumbuk serai; Malam ini kita berkampung, Siang besok kita bercerai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 205 The wheel of fortune is forever in motion Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. Hari tidak siang sahaja During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, hari tidak siang sahaja , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|