| Pantun | 
    Sumber | 
    Tema | 
   
  | Kalau tak boleh mengkuang kutetak, Sia-sia mudik ke hulu; Kalau tak boleh muda kuhendak, Sia-sia memujuk guru. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Jika dayung tidak kuat, Sia-sia dibawa belayar; Jika kampung tidak beradat, Ke mana-mana nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |  
  | Mencari ilmu sampai ke lahad, Supaya hidup tak sia-sia; Terpuji Melayu memakai nasihat, Negara tertutup syurga terbuka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |  
  | Orang beradat taat setia, Dipercaya orang hulu dan hilir; Membuang adat hidup sia-sia, Bahaya datang gilir-bergilir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |  
  | Terbang burung berkawan-kawan, Hinggap mari tepi sempadan; Ayam togel kalau dilawan, Sia-sia ilmu di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |  
  | Dayang berkayuh ke Sungai Lampai, Rasaku kepenatan ke jari-jari; Jika niat tidak sampai, Sia-sia sahaja datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Daun selasih menimba ruang, Anak sia mati ditambat; Sudah berkasih ditinggal buang, Di dalam hatiku bertambat rimbat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Belas kasih dari Paduka, Kasih jangan disia-sia; 16 September Sarawak merdeka, Sabah Sarawak menjadikan Malaysia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |  
  | Kalaulah batang menimpa dahan, Ditegakkan hujung tersia-sia; Kalaulah dibilang nikmat Tuhan, Takkan terhitung oleh manusia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |  
  | Riang-riang di Gunung Ledang, Hendaklah makan si umbut padi; Sialah-sia mata memandang, Belum dapat main tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Kalau tak boleh mengkuang kutetak,      Sia-sia mudik ke hulu;  Kalau tak boleh muda kuhendak,      Sia-sia memujuk guru.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |