Pantun |
Sumber |
Tema |
Anak musang baru berakal, Setiap pagi mencari buah; Sejak bujang tekun beramal, Hidup mati dirahmati Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila kuat berjaja ikan, Setiap hari mendapat duit; Apabila taat membela kawan, Ke mana pergi tidakkan sulit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Batang selasih buahnya banyak, Setiap hari diambil orang; Orang kukasih sudahlah muak, Ke mana lagi hamba menumpang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tanda orang memasang jerat, Setiap pagi dijenguk-jenguk; Tanda orang memegang adat, Cakap berisi laku pun elok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tuan tidak pandai mengubah, Setiap hari sembahyang dalam perahu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal umur saya tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Taat laki sayang ke bini, Setiap saat ingat mengingat; Adat berdiri tenang negeri, Hidup selamat dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang setiap hari; Jauh adat datanglah bala, Bala datang gelaplah negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bagaimana kita hendak berunding, Orang berbantah setiap hari; Bagaimana hamba hendak disunting, Abanglah sudah beranak isteri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air dangkal ikannya jinak, Ditangkap orang setiap hari; Hati mengkal dada pun kemak, Mengharap abang datang ke mari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang pelita ada isinya, Diisi minyak setiap hari; Yang cinta ada janjinya, Janji setia sehidup semati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 378 So many men, so many opinions. Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan. Lain orang, lain pendapat A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached. Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan lain orang, lain pendapat, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|