Pantun |
Sumber |
Tema |
Ujung rasuk dimakan kumbang, Diganti lain kurang sesuai; Untung buruk badan terbuang, Pagi kahwin petang bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tangkai dilurut jangan mematah, Satu terkerat semuanya layu; Sesuai menurut Quran dan sunah, Di situlah tempat tuah Melayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang bertutur yang berkerat, Yang bertangkai yang dituai; Yang seukur yang sekerat, Yang sesuai yang dipakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Besar dan kecil berbau wangi, Tangkai dilurut jangan mematah; Benar dan adil di situ berdiri, Sesuai menurut Quran dan sunah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu dari muafakat, Duduk di majlis memakai adab; Kuat Melayu berdiri adat, Elok manis sesuai cakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa guna pergi ke ladang, Bila padi tidak bertuai; Apa guna menanti abang, Bila adik tidak sesuai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak geroda meninggi hari, Mati ditembak di dalam buai; Banyak muda dapat dicari, Gelak di manakan sesuai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |