Pantun |
Sumber |
Tema |
Sarat bukan sebarang sarat, Sarat sampan terasa lambatnya; Sesat bukan sebarang sesat, Sesat iman neraka tempatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Perahu cina memuat ikan, Saban hari sarat sinya; Malu bertanya sesat jalan, Segan mengaji sesat matinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sifat muda suka berjalan, Salah langkah membawa sesat; Adat dijaga sempurna iman, Akhlak terpuji beban pun lepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sarat sampan isinya banyak, Salah kira karamnya cepat; Sesat iman hatinya kemak, Salah bawa karam di darat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sarat sampan berisi sagu, Sagu rumbia sedap rasanya; Sesat iman hati cemburu, Cemburu buta gelap matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kak Sal berkirim salam, Kepada anak yatim piatu; Kalau sesat di hujung malam, Subuh sedia membuka pintu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buah langsat di Kota Medan, Dibawa orang dari Belawan; Kalau sesat di hujung jalan, Surut ke pangkal jalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Padang pasir udaranya hangat, Pergi kesana rasa terpanggang; Orang pandir bicaranya sesat, Menjadi ketua dicerca orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tegak adat syarak berdiri, Hidup selamat dunia akhirat; Rosak adat rosaklah negeri, Hidup sesat sengsara umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |