Pantun |
Sumber |
Tema |
Bagaimana kita hendak melangkah, Tulang sendi terasa goyang; Bagaimana hamba hendak menikah, Abanglah menjadi laki orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hampalah padi ditiup badai, Rasanya letih sendi anggota; Hampalah hati hidup meradai, Kerana kekasih jauh di mata. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak endong mandi berjirus, Sejuk sampai ke tulang sendi; Biasa kurenung biasa kubungkus, Berniaga belum pernah rugi? | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Lemahlah kaki anak siamang, Luka parah ditusuk ranting; Lemahlah sendi menengok tunang, Mata merah misai melenting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Lemahlah kaki anak siamang, Lutut sakit makan tak mau; Lemahlah sendi menengok tunang, Perut buncit badan berbulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bulan mengambang cahaya cemerlang, Nampak memancar di celah awan; Rasa lemah sendi dan tulang, Bila teringat wajahmu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang.
Lihat selanjutnya... |
|