Pantun |
Sumber |
Tema |
Niat hati semula hendak ke pulau, Kerana gelombang payah berkayuh; Hajat semula hendak bergurau, Rupanya abang bersungguh-sungguh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Suka duka orang berniaga, Untung setahil rugi sekati, Luka lama berdarah semula, Rindu berbisik di sudut hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Saya tidak menyayur ketola, Puan menyayur buahlah labu; Saya tidaklah buat semula, Tuanlah buat mula dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mari kusayur dengan petola, Bunga lengkuas berangkai-rangkai; Kalaulah diulang dari semula, Kekasih bertuah tak dapat dipakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Beruas datang Singapura, Tinggal berlabuh di Muara Rejang; Tidak pun kita berjodoh semula, Eloklah abang kembali pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika kutahu buah kuini, Tidak kubeli sayur petola; Jika kutahu jadi begini, Tidakku buat dari semula. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Kalau payah mencari pukat, Carilah jaring di kuala; Kalau payah mencari muafakat, Carilah runding balik semula. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Nanas paun tidak berduri, Manisnya mari umpama gula; Panas setahun hujan sehari, Perigi kering dalam semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nanas serumpun tidak berduri, Rasanya manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Puisi |
---|
|
Mari kusayur dengan petola, Bunga lengkuas berangkai-rangkai; Kalaulah diulang dari semula, Kekasih bertuah tak dapat dipakai.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 489 Promises, like piecrust, are made to be broken Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir She promised not to mention the incident again, but promises, like piecrust, are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée. Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|