Pantun |
Sumber |
Tema |
Terpelihara pompat sempurna sukat, Terpelihara nyiru elok penampi; Terpelihara adat sempurna sifat, Terpelihara malu duduk terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau menyalin dengan sempurna, Suratnya bersih halamannya terang; Kalau memimpin dengan bijaksana, Rakyatnya kasih Tuhan pun sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sifat tua berdada lapang, Elok budi sempurna sifat; Adat dijaga lembaga dipegang, Untuk menjadi pelita umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bangsal Tok Jalal, Bangsal ikan pari; pastikan rezeki halal, Sempurna anak isteri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sifat muda suka berjalan, Berjalan dekat mahupun jauh; Adat dijaga sempurna iman, Badan selamat hidup senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat muda suka berjalan, Salah langkah membawa sesat; Adat dijaga sempurna iman, Akhlak terpuji beban pun lepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat muda suka berjalan, Hilir mudik mencari rezeki; Adat dijaga sempurna iman, Fikiran baik diri terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat muda suka berjalan, Berjalan jauh menuntut ilmu; Adat dijaga sempurna iman, Iman kukuh patut ditiru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Patuh Melayu kepada sunah, Sunah nabi pembawa rahmat; Senonoh laku sempurna lidah, Hidup mati pahalanya dapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Patuh Melayu kepada bapak, Bapa alim anak bertuah; Senonoh laku sempurna tegak, Bagaikan kayu banyak berbuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |