Pantun |
Sumber |
Tema |
Selamat mati bertikam, Mati di padang paya buluh; Peganglah amanat dengan pesan; Ada batang cendawan tumbuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cik Amat orang Segamat, Buluh tolam dibuat bangsi; lambat/ selamat Biar lambat asal selamat, Kalau termalam apa nak dinanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Tegak adat syarak berdiri, Hidup selamat dunia akhirat; Rosak adat rosaklah negeri, Hidup sesat sengsara umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ini baju kebaya, Corak bunga Rafflesia; Selamat maju jaya, Seluruh rakyat Malaysia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Adapun niat yang diniatkan, Dengan bertaubat selamat mati; Adapun adat yang diadatkan, Dengan muafakat dapat diganti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau tumbuh lalang di Bucut, Tempat selamat bermain pedang; Kalau sungguh janji tak lucut, Bagi alamat saya nak pegang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila bertiup angin utara, Berlabuh cepat supaya selamat; Apabila hidup ingin sejahtera, Jauhkan sifat dengki khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Adat resam kata orang, Menuntun hidup supaya selamat; Adat faham lembaga terang, Beruntung hidup dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat hidup terpandang, Pemimpin senang rakyat selamat; Rosak adat hidup menyimpang, Pemimpin kenyang rakyat melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Cik Gamat berkain bali, Sayang teduh bayang siapa; Selamat tuan pergi, Saya di rumah tidak mengapa. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |