Pantun |
Sumber |
Tema |
Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Berguna pukat selagi berikan, Bila ditahan tentu mengena; Berguna adat selagi beriman, Bila dilupakan tentu terhina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Batang kelapa di tepi pagar, Jangan dipetik selagi mumbang; Abang menyapa hati berdebar, Entahkan adik sudi memandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Jawa membuat tapai, Raginya datang dari seberang; Selagi cita-cita tidak tercapai, Biar mati di rantau orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pagi redup kita bertemu, Berjalan-jalan di Kampung Jawa; Selagi hidup carilah ilmu, Tidak menyesal di hari tua. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Pokok jering baru berbuah, Mari ambil jual di kedai; Selagi ada biring bertuah, Jalak jangan tunjukkan pandai. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dari seberang naik rakit, Sampai ke darat mencuci tangan; Selagi ada ladang di bukit, Susah nak tumbuh tanam-tanaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Asam jawa pokok di hutan, Dibawa orang tanam ke desa; Selagi nyawa dikandung badan, Tidaklah hamba berputus asa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisau peraut diberi berhulu, Hulu pisau berkarangan; Pergi ke laut abang dahulu, Selagi pulau berlarangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Puisi |
---|
|
Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 624 United we stand, devided we fall Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai. Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh* ''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party. ''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|