| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Takik sekerat kayu di kebun, Hilang terletak buah kemiri; Adik ibarat setitis embun, Hilang ke mana akan kucari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Baju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Jantung ini jantung sekerat, Limau purut dalam ceper; Pantun ini pantun ibarat, Dalam perut mencari fikir. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Pisang tanduk masak sekerat, Pisang datang negeri China; Garam di laut asam di darat, Sudah menjadi adat dunia. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Anak ayam tujuh sekerat, Anak lang tertiti-titi; Tidur malam teringat-ingat, Tidur siang termimpi-mimpi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau rotan dipanjat benalu, Sekerat disimpan di dalam bakul; Kalau beban sudah ke bahu, Berat ringan wajib dipikul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Rotan saga sumbunya badak, Sekerat habis dimakan api; Badan terkurung di dalam jejak, Tumbuh seratus tidak kan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Naik ke darat memotong getah, Ambil sekerat ampaian kain; Bagaimana tanah nak basah, Hujan menimpa di tempat lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |