Pantun |
Sumber |
Tema |
Serak dagang bertali-tali, Putik nangka bertupa-tupa; Abang balik sekali lagi, Bawa balik bunga cempaka. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Goreng pisang goreng keladi, Mari goreng kuali besi; Anak siapa meronggeng tadi, Cubalah masuk sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Dari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Anak Cina pelihara babi, Diberi makan daun keladi; Anak siapa berpantun tadi, Cuba pantun sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pucuk mengkira di dalam dulang, Serak dagang bertali-tali; Murai membaca turunlah pulang, Balik abang sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak buluh berdepa-depa, Cicak racit di dalam padi; Orang tunggu terketa-keta, Dia nak cantik sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung tuli mandi berhujan, Bolehlah mandi sekali lagi; Orang tua menjunjung uban, Boleh masuk ke medan lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kawah kuali minta tudungi, Hendak berisi haruman padi; Kalau sekali kami ampuni, Jangan saja sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Berdentum tabuh di Rian, Minta tabuh lagi; Kalau untung di hari kemudian, Boleh berbalik sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
|
Puisi |
---|
|
Serak dagang bertali-tali, Putik nangka bertupa-tupa; Abang balik sekali lagi, Bawa balik bunga cempaka.
Lihat selanjutnya... |
|