Pantun |
Sumber |
Tema |
Muzium Sarawak menyimpan sejarah, Sejarah bersurat Sultan Brunei; Msuim kesedaran beralih arah, Semoga hidup aman damai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Zaman silam banyak kenangan, Peristiwa penting jadi sejarah; Siang dan malam tak mahu makan, Kerana pening tak jadi nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sebilah parang diasah tajam, Pandir hendak pergi menuai; Bila teringat sejarah silam, Air mata menganak sungai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pulau Pinang pulaunya indah, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang sejarah yang sudah, Berlinang lebih si air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buku tebu dibelah-belah Dapat gula dibuat juadah; Buka buku baca sejarah, Siapakah pendatang di bumi bertuah? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Buku tebu dibelah-belah Air ditadah penuh-penuh; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu kasta penceroboh? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Buku tebu dibelah-belah, Hampas dibuang merata-rata; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu penghianat pendusta? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Buku tebu dibelah-belah, Hidangan manis orang Cina; Buka buku baca sejarah, Adakah tertulis Melayu terhina? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kasih kami kepada ibu, Kasih kami kepada ayah; Kesan Tsunami sudah berlalu, Kesan sejarah tidak berubah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |