Pantun |
Sumber |
Tema |
Hari ini hari Arbaª, Besok hari Khamis; Segala ingat segala qadaª, Malaikat Katibin sedia menulis. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Jikalau niat sudah terlanjut, Segala halangan jangan peduli; Jikalau hayatku sudah terbujur, Barulah tuan kurelakan pergi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Jeddah pulang ke Jeddah, Segala harta di bawa balik; Berpantun sudah berdoa pun sudah, Teruna dan dara masuk ke bilik. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Raja semayam di dalam kota, Banyak menghadap segala menteri; Pada saya hendak berkira, Abang baik pergi sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tanam timun dalam jerelung, Sagu ladang makan dek kuda; Segala semut sejenak jerung, Tidak padan dengan kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lima enam tujuh lapan, Masak lemak ikan tenggiri; Aceh mengharap segala bantuan, Rakyat Malaysia segera memberi. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Anak ayam turun dua, Satu mati tinggal satu; Minta ampun segala dosa, Hendak menyebut Tuhan yang satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Duduk-duduk atas jambatan, Budak-budak membelah rotan; Baik dibuang segala muatan, Datang barat campur selatan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata segala |
|
Puisi |
---|
|
Hari ini hari Arbaª, Besok hari Khamis; Segala ingat segala qadaª, Malaikat Katibin sedia menulis.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 356 Man proposes, God disposes Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Manusia merancang, tuhan menentukan “If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. "Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia merancang, tuhan menentukan, tuan'', jawab pengurus. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|