Pantun |
Sumber |
Tema |
Usap bukan sebarang usap, Mengusap kaki sambil bergaru; Sedap bukan sebarang sedap, Sedap menjadi pengantin baru. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh sedap meratah bertih, Sedap sehari lembut dimakan; Sungguh sedap berkopiah putih, Setiap hari dijemput makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang nasi dah jadi bubur, Sedap tak sedap dimakan juga; Sedang mandi abang menegur, Tergagap-gapap disahut juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Buah terap sedap dimakan, Buah kedondong dalam guni; Harap kami kepada tuan, Sama hidup dalam harmoni. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buah bengkal sedap dimakan, Bila masak manis dan kelat; Hatiku kesal bukan buatan, Nasi kumasak tuan berangkat | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Laksa Sarawak sedap rasa, Bancuh kopi untuk saudara; Dapat digelar wira bangsa, Bertanggungjawab kepada Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Wangilah bunga sedap malam, Banyak kumbang ikut menyeri; Lakilah tua merayap malam, Hendak ditendang takut mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah petai sedap dijeruk, Kalau jeruk hendak tua; Deraslah benar tuan merajuk, Orang merajuk lekaslah tua. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sedap sungguh jeruk maman, Lepas setalam setalam pula; Sedap sungguh berbantal lengan, Lepas semalam semalam pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |