| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Jalur Gemilang mengah berkibar, Kereta dipakai belum disedia; Sebagai isteri banyak bersabar, Pelita hidup keluarga bahagia. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Air pasang di Sungai Muar, Burung gagak di pohon beringin; Adik seorang sebagai penawar, Hati tidak kepada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sekapur sirih datang bertandang, Di dalam puan tersusun rapi; Tangan dihulur mata memandang, Sebagai cincin lekat di jari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Cu Pandan anak bumbunya, Hendak menyerang pergi Melaka; Sebentuk cincin permata bunga, Untuk sebagai cahaya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tidak menanam selasih, Ambil pedada letak titi; Kamek di sini bertanya kekasih, Ambil kami sebagai ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hijau-hijau daun keladi, Mari makan di pagi hari; Hendak dikesal tak guna lagi, Cari lain sebagai ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hancur-hancur daun keladi, Buat makanan di waktu pagi; Hendak dikesal tak guna lagi, Carilah lain sebagai ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai |
|
| Puisi |
|---|
|
Air pasang di Sungai Muar, Burung gagak di pohon beringin; Adik seorang sebagai penawar, Hati tidak kepada yang lain.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 116 So many countries, so many customs Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam. Lain padang, lain belalang. So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful. Lain padang, lain belalang. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|