Pantun |
Sumber |
Tema |
Sarang bukan sebarang sarang, Sarang berisi anak merbah; Sayang bukan sebarang sayang, Sayang ke laki anak mengalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sarang bukan sebarang sarang, Sarang berisi telur balam; Sayang bukan sebarang sayang, Sayang ke bini tak tidur malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sarang lebah nampak tergantung, Baik-baik jangan tersinggung; Ingat-ingat kita di kampung, Jangan diagah rimau menyangkung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sarang penyengat di hujung tualang, Rama-rama bertalikan benang; Sungguh nasibku bercampurkan malang, Bilakah kala menjadi senang? | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sarang tempua di Kelumpang, Berisi ular tampung hari; Kok nak bersua sama seorang, Datang ke ladang tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarang bubut di dalam bunga, Dijolok mari sama pungkahnya; Mati merumput mentimunku berbunga, Sudah dijolok orang empunya, | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarang penyengat di pintu gua, Mari terbakar dua pertunang; Terbang semangat sampai jiwa, Menatap nasi kepunyaan abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarang penyengat dilalang-lalang, Sarang tebuan di dalam padi; Jangan ingat orang yang hilang, Orang lain banyaklah lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarang; |
|
Puisi |
---|
|
Telur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 310 Let sleeping dogs lie Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah. Jangan merempuh sarang lebah Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming. Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan merempuh sarang lebah. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|