Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau helat hendak ramai, Sanak saudara jangan lupakan; Kalau adat hendak dipakai, Letakkan dia dengan kebaikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Zaman dahulu hidup tenteram, Sanak saudara beramah-tamah; Badan lesu tak tidur malam, Dibentak mentua celana basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Membeli baju hari raya, Pergi menziarah sanak saudara; Rajin dan usaha pasti berjaya, Taburkan jasa kepada Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Yang berada sudahlah pergi, Niat membawa sanak saudara; Orang muda berpatah hati, Surat cintanya ditolak semua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah pinang terbelah dua, Sayang dibelah oleh Cik Dayang; Apa dikenang sanak-saudara, Memang sudah nasib berdagang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Jambu muda dari Rawa, Gugur bersepah di kebun Pak Ali; Tinggallah semua sanak-saudara, Saya pergi jangan dicari. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Dari Kelebang pergi ke Daik, Dari Daik terus ke Melaka; Kalau abang berhati baik, Sanak saudara semua suka. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sanak-saudara |
|
Puisi |
---|
|
Jambu muda dari Rawa, Gugur bersepah di kebun Pak Ali; Tinggallah semua sanak-saudara, Saya pergi jangan dicari.
Lihat selanjutnya... |
|