Pantun |
Sumber |
Tema |
Galah bukan sebarang galah, Galah panjang pengikat panji; Salah bukan sebarang salah, Salah abang mungkirkan janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Galah bukan sebarang galah, Galah berguna mengampai kain; Salah bukan sebarang salah, Salah hamba orang yang miskin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Galah bukan sebarang galah, Galah pendek buat penyambung; Salah bukan sebarang salah, Salah adik bersifat sombong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Galah bukan sebarang galah, Galah orang pemanjat pinang; Salah bukan sebarang salah, Salah abang lambat meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baik-baik memanggang ikan, Salah-salah menjadi arang; Baik-baik abang berjalan, Salah langkah hati bercabang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila meniup tidak cermat, Salah-salah tangan terbakar; Apabila hidup tidak berhemat, Lama-lama badan terkapar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Salah ikat boleh diungkai, Salah letak boleh dicari; Salah buat badan merasai, Salah cakap memburuk diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau salah menaha pukat, Salah pula menahan tengkalak; Kalau salah di dalam adat, Salah pula di dalam syarak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Besar cupak berdasar sukatnya, Salah kira salah berhitung; Besar bengak besar akibatnya, Salah bicara badan terkurung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata salah |
|
Puisi |
---|
|
Tidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 492 Do right and fear no man Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran Berani kerana benar, takut kerana salah I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man , but fear God. Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|