Pantun |
Sumber |
Tema |
Penat sahaja membeli badik, Badik dibeli tidak berbaja; Penat sahaja menanti adik, Adik menanti tidak setia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Laksamana mudik beredap, Bergalah sahaja perahunya tidak; Laksana bunga dedap, Merah sahaja berbaunya tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pinang muda sedang dicacak, Cacak sahaja di dalam cawan; Orang muda sedang berkacak, Kacak sahaja belum melawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak kenang pun tidak, Sahaja abang terulang-ulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rendang-rendang di pintu kandang, Pucuk bayam kutumis sahaja; Rindu siang kubawa bertandang, Rindu malam kutangis sahaja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di mana bintang di mana bulan, Sama sahaja terang keduanya; Di mananya tunang di mana bukan, Sama sahaja lenggang keduanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak rahsia simpan sahaja, Ada kera adalah beruk; Bunga Rafflesia bunga raja, Namanya gah baunya busuk. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Simpan sepatu jangan dibalut, Simpan sahaja di dalam peti; Bertanam tebu di bibir mulut, Bertanam halia di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Timur mari selatan mari, Jangan sahaja Barat Laut; Tidur mari sebantal mari, Kencang pinggang tetap dipaut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih tidak pinang pun tidak, Cerana sahaja tunggang-langgang; Kasih tidak tunang pun tidak, Saja dia berulang-ulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sahaja; |
|
Puisi |
---|
|
Pinang muda sedang dicacak, Cacak sahaja di dalam cawan; Orang muda sedang berkacak, Kacak sahaja belum melawan.
Lihat selanjutnya... |
|