Pantun |
Sumber |
Tema |
Elok kain kerana lebar, Lebar penudung aurat sendiri; Elok pemimpin kerana sabar, Sabar menampung umpat dan keji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Banyaklah khabar perkara khabar, Tiada terkhabar hari kiamat; Banyaklah sabar perkara sabar, Tidak sesabar Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Baik benar orang belayar, Dapat berjalan ke negeri jauh; Adik sabar abang pun sabar, Lambat-laun tentu berjodoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat Melayu berdada lapang, Sabar dan syukur jadi pegangan; Kuat Melayu tahukan hutang, Besar seukur dengan bayangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun niat yang diniatkan, Iman dan sabar dalam musibah; Adapun adat yang diadatkan, Zaman beredar boleh dirubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Api damar cahayanya terang, Dibuat suluh teranglah jalan; Hati sabar dadanya lapang, Dibuat contoh senanglah badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Uncang besar berisi duit, Dapat membeli sayur-sayuran; Orang sabar bini berduit, Tiap hari tidur-tiduran. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh lebar perigi batu, Dilangkahi orang tiada tetap; Sungguhlah sabar hati si bisu, Dimarahi orang tiada menjawab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu zuhur orang pun azan, Hati sejuk tegak pun sabar; Hati hancur mengenang tuan, Pergi merajuk tidak berkhabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |