Pantun |
Sumber |
Tema |
Rotan saga sumbunya badak, Sekerat habis dimakan api; Badan terkurung di dalam jejak, Tumbuh seratus tidak kan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rotan peledas lengkung daun, Dibilah tidak bertepi; Cerai untuk berbebas tahun, Baru semalam masuk mimpi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rotan akar panjang berjela, Banyak melilit di pokok mati; Hamba jua tergila-gila, Tuan tidak menaruh hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbuh rotan sudah berakar, Pandan berbuah berakar juga; Tujuh lautan sudah terbakar, Sampan sebuah berlayar juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau rotan dipanjat benalu, Sekerat disimpan di dalam bakul; Kalau beban sudah ke bahu, Berat ringan wajib dipikul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kerat rotan kopek kelapa, Tumbuk beras lumat-lumat; Rakyat Malaysia tidak lupa, Tanggungjawab sesama umat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Tetak rotan Seberang Benta, Mari jual ke dalam pekan; Bagai hujan datangnya senjata, Adinda tidak abang lepaskan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berletuk bunyi rotan bersanggit, Barulah nyata kayu terbelah; Bertakup bumi dengan langit, Barulah kita mengaku kalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata rotan; |
|
Puisi |
---|
|
Rotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 212 When all fruit fails, welcome haws Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki. Tiada rotan, akar pun berguna During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws. Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada rotan, akar pun berguna. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|