Pantun |
Sumber |
Tema |
Terang bulan hatiku rawan, Pukul rebana bergotong-royong; Jika lupa langit berawan, Tidak lupa sedia payung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kolek-kolek perahu Cina, Fajarlah rawan dalam perahu; Sungguhlah molek orang betina, Awallah janji tak siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu menteri membeli minyak, Orang melihat berhati rawan; Waktu isteri baru beranak, Datanglah niat mencari perawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Biji durian jangan dibuang, Supaya dapat ditanam lagi; Hati rawan bukan kepalang, Dinda kulihat di dalam mimpi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kenari burung sekawan, Ambil padi saya taburkan; Hati rindu bertambah rawan, Tempat mana nak saya hiburkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun palas makan di api, Asap sampai ke Seberang Raja; Rawan belas di dalam hati, Di hati kami haram tak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tiung tinggi sekawan, Anak pelanduk patah kakinya; Tempat bumbung tersalah rawan, Hendak dijenguk banyak halangannya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Burung merpati selindung awan, Suka hinggap atas pintu; Dalam hati sangat rawan, Mulalah awak tunang aku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak merpati terbang sekawan, Marilah hinggap di balairung seri; Buahnya letik jangan nan rawan, Pun damik dalam negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bukan nila dalam cawan, Beras padi tumbuh cendawan; Bukan gila diriku tuan, Sebab hati terlalu rawan. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata rawan; |
|
Puisi |
---|
|
Kenari burung sekawan, Ambil padi saya taburkan; Hati rindu bertambah rawan, Tempat mana nak saya hiburkan.
Lihat selanjutnya... |
|